Selasa, 07 Juli 2009

Menunggu

Aku berdiri disini menanti dirimu
Kau yang begitu jauh dariku membuat diriku sentiasa memikirkanmu
Bayanganmu sentiasa hadir menemani diriku
Kerianganmu sentiasa bermain difikiranku

Kasih…
Jangan biarkan aku sendiri
Jangan biarkan aku diulit resah yang sentiasa memikirkanmu
Sentiasa merinduimu

Hari yang sentiasa bertukar ganti membuatkan hatiku berdebar
Aku menghitung hari-hari yang kulalui
Pahit dan manis ku rasai tanpa hadirmu disisi
Dan sentiasa mematikan langkahku

Kasih
Aku dalam sendiri tiada tempat untuk mengadu
Tiada tempatku meluahkan kasih
Dalam hujan ku menanti membasahi tubuhku yang lesuh
Namun hanya bayangan yang sentiasa hadir

Kasih
Jadikan aku permaisurimu
Jadikan aku sebahagian hidupmu
Katakana pada semua yang aku adahlah milikmu dan akulah hidupmu

Kasih
Dengarlah rintihan hati ini
Dengarlah setiap erti kata-kata ini
Ia tulus dari hati bukan dari bibir..
Yang sentiasa berada dalam dada ini.

Rindu Ini Membunuhku

Kalau D’Masiv menyanyikan Cinta Ini Membunuhku.
Aku menyanyikan Rindu Ini Membuhuhku. Cinta tidak membunuh, tapi rindu.

Bisakah satu kecupan manis darinya mencairkan rinduku?
Ataukah aku butuh seratus kecupan? Tidak, tidak, aku butuh seribu kecupan. Atau sejuta?

Oh rindu, kenapa kau buat aku menjadi begini.
Mengapa membuatku merana dalam kesendirian.

Perlu diketahui

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.


hehehe

^^